Jebung birai kuning
Jebung birai kuning

Jebung birai kuning

Jebung birai kuning (Pseudobalistes flavimarginatus),[1] turut dipanggil jebung kuning ekor berduri,[2] ialah spesies ikan laut dalam keluarga Balistidae. Ia dijumpai di perairan tropika pesisir dan terumbu Indo-Pasifik dari Laut Merah ke selatan hingga Natal, Afrika Selatan dan timur dari selatan Jepun ke selatan hingga Indonesia, Filipina dan Samoa, pada kedalaman air daripada 2–50 m (6.6–164.0 ka).[3]Jebung ini mampu membesar hingga panjang maksimum 60 cm (24 in). Ia dipasarkan sama ada secara segar atau kering sebagai makanan, namun berpotensi berbahaya di sesetengah kawasan lantaran keracunan ciguatera.Jebung birai kuning adalah oviparus, iaitu bertelur dalam pasangan. Ikan betina akan mengawasi sarang dengan langsang. Ketika tidak mengawan, ikan ini bersendirian atau tetap dalam pasangan.

Rujukan

WikiPedia: Jebung birai kuning http://www.fishbase.org/summary/SpeciesSummary.php... http://www.fishbase.org/Summary/SpeciesSummary.cfm... https://commons.wikimedia.org/wiki/Category:Pseudo... https://sealifecollection.org/taxon/219884 https://animaldiversity.org/accounts/Pseudobaliste... https://www.fishbase.ca/summary/6027 https://www.gbif.org/species/2407181 https://inaturalist.org/taxa/196870 https://www.irmng.org/aphia.php?p=taxdetails&id=10... https://www.itis.gov/servlet/SingleRpt/SingleRpt?s...